Sunday

Konserto Terakhir -Sinopsis

Sinopsis

Bab 1: Keluarga
Hayati tidak ada semangat untuk belajar piano kerana berselisih faham dengan guru pianonya. Hilmi muncul di rumah Dtuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah tidak menyenangi kehadiran Hilmi. Hilmi berhasrat mencari pekerjaan tetapi kelulusannya setakat darjah empat sekolah Melayu sahaja. Akhirnya Hilmi menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari

Bab 2: Kuli
Datuk Johari berpuas hati dengan tugas yang dijalankan oleh Hilmi. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Datin Salmah pula telah dihasut oleh kakaknya, Siti Hajar supaya membenci Hilmi.

Bab 3: Piano
Hilmi kecewa apabila mendapati tanamannya dirosakkan oleh kumbang. Hubungan Hilmi dan Hayati mulai mesra. Hilmi gelisah apabila mengetahui Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Datin Salmah gembira mendapat pujian daripada kawan-kawannya yang pulang membawa buah tangan.

Bab 4: Hukuman
Ketika keseorangan di rumah, Hilmi cuba memainkan piano milik Hayati. Perbuatan Hilmi ditegur Mak Minah. Hayati telah menyedari pianonya telah dirosakkan. Hilmi mengaku bersalah dan gajinya telah dipotong. Datuk Johari sekeluarga bercuti sebulan untuk ke luar negara.

Bab 5: Penunggu
Sepeninggalan Datuk Johari sekeluarga, Hilmi mendapat simpati Dr. Nathan dan Mamat.
Hilmi amat merindui Hayati. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dgn En.Bakar, iaitu seorang ketua sebuah quartet. Hilmi telah belajar muzik dgn En. Bakar.

Bab 6: Muzik
Hilmi leka bermain piano dan tidak menyedari kepulangan Datuk Joahari sekeluarga. Mereka sekeluarga terperanjat dgn kebolehan Hilmi. Hayati memberikan ole-ole kepada Hilmi. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah.

Bab 7: Ole-Ole
Hayati tidak mempedulikan kedatangan Mohsin kerana sibuk bersembang dengan Hilmi. Mohsin mulai mengesyaki perubahan tingkah laku Hayati. Datin Salmah mempercayai bahawa Hayai telah terkena ilmu guna-guna Hilmi. Hayati gembira menyambut kepulangan Mak Minah dari kampung.

Bab 8: Sengketa
Himi ke rumah En.Bakar dan cuba digoda oleh Azizah. Setelah pulang, Hilmi telah dimarahi oleh Datin Salmah kerana keluar tanpa izin. En.Bakar menasihati Azizah supaya tidak memandang hina kepada Hilmi. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya. Hilmi kecewa dengan sikap Datin Salmah dan berusaha untuk berpindah dari rumah tersebut.

Bab 9: Pertemuan
Setelah pemergian Hilmi, Datin Salmah mula menyedari bahawa kehadirannaya selama ini membawa erti yg besar. Hayati telah menyalahkn ibunya yang menyebabkan Hilmi berpindah. Hilmi membatalkan hasratnya balik ke kampung dan bekerja di stesen minyak Shell. Hilmi juga telah menyambung belajar muzik dgn En. Bakar. Hilmi telah pandai bermain seksofon, klarinet dan biola.

Bab 10: Bebas
Datin Salmah masih lagi beranggapan bahawa Hayati telah terkena ilmu guna-guna Hilmi. Datin Salmah juga terkejut dengan perubahan Hayati kerana terjumpa buku agama, sejadah dan telekung di biliknya. Hayati dan Mohsin kemudiannya berkahwin. Hilmi kecewa apabila mendapat tahu berita tersebut. Hilmi telah mencipta sebuah lagu khas berjudul ’Sebuah Intermeso’.

Bab 11: Intermeso
Hilmi telah menjadi anggota salah sebuah quartet terkenal. Bakat Hilmi terserlah dan mendapat perhatian sebuah akhbar Inggeris. Hilmi digelar ’Pemain Bialo Hikmat Malaysia’. En. Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuan kerana membenarkan Hilmi bermain di kelab malam.
Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional telah memaafkan En. Bakar dan menerima keahlian Hilmi.

Bab 12 : Krisis
Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat bertemu Hayati sebelum berlepas ke luar negara. Hilmi telah menggubah sebuah lagu yang diberi judul ’Detik-detik Perpisahan’. Hilmi dan Azizah kemudiannya telah menubuhkan kugiran yang diberi nama ’Kugiran Dahlia’. Apabila pengaruh kugiran merosot, Hilmi bergiat dalam orkestra. Hilmi dan Azizah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Bab 13: Perpecahan
Rumah tangga Hilmi dan Azizah porak-peranda kerana Azizah cemburukan Hayati. Hilmi telah menggubah ratusan buah lagu yang berkaitan dengan kisah hidupnya seperti ’Balada Kasih’ dan ’Cinta dan Tragis’. Orkes Hilmi telah mendapat undangan bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Hilmi sedih kerana mendapat berita kematian En. Bakar. Setelah tiga tahun berturut-turut muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik, Hilmi diminta untuk membuat arrangement semua lagunya diberi nama ”Hilmi Potpouri”.

Bab 14: Seniman
Dewan Tunku Canselor penuh sesak tetapi Hilmi belum kelihatan untuk memulakan pertunjukan orkes. Ketua pengarah RTM dan Amat mendapat tahu Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati tiba-tiba muncul menggantikan Hilmi memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. Di hospital, Datuk Johari bertemu dengan abang sepupunya, Karim dan mengetahui bahawa Hilmi adalah anak kandungnya. Berita kematian Hilmi menyebabkan Datuk Johari jatuh dan meninggal dunia.

izzati

No comments:

Post a Comment